Wednesday 4 November 2009

Jamuan Akhir Tahun SEMERBAK 2009

Pada 4 November 2009, Kelab Guru dan Staf Sokongan SEMERBAK telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2009. Majlis diadakan di Rumbia Resort Villa di Paka. Majlis bermula dengan ucapan oleh Pengetua, acara makan-makan dan cabutan bertuah serta cenderamata kepada guru dan staff.

























































































Friday 30 October 2009

Gotong Royong di PDK

Program Gotong Royong anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk pelajar tingkatan 3 telah diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kerteh pada 29hb Oktober 2009. Program bermula 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.00 petang.




Taklimat oleh Cikgu Hisyam kepada para peserta.

















Persembahan oleh pelajar OKU.



Thursday 15 October 2009

RIMUP

Pada 15 Oktober 2009 telah diadakan Program RIMUP( Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan) iaitu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Ilmu Bakti.

Pada hari sebelumnya telah diadakan sukan dan permainan. Acara yang diadakan ialah pertandingan catur, congkak, tiup belon dan musical chair.




























































































































































Sunday 4 October 2009

PMR 2009

Warga SEMERBAK mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan PMR kepada para pelajar Tingkatan Tiga.

Semoga Kejayaan mengiringi anda semua.

Insya Allah. Amin

Friday 2 October 2009

Majlis Sembahyang Hajat PMR dan SPM 2009

Pada 1hb October 2009, majlis sembahyang hajat PMR dan SPM telah diadakan di Dewan Ilmu Bakti Semerbak.
Majlis dikendalikan oleh PK Hem Ustaz Mazelin. Majlis dimulakan dengan solat Magrib, Bacaan Yasin, Solat Isyak, Solat hajat dan sedikit jamuan.
Majlis disertai oleh pelajar tingkatan 3 dan 5 serta ibubapa masing-masing.












Wednesday 16 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri SEMERBAK Tahun 2009

Pada 16 September 2009, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri Semerbak telah diadakan di Dewan Ilmu Bakti.
Acara dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh PK HEM Semerbak iaitu Ustaz Mazelin B. Ali. Kemudiannya Majlis Ucapan Selamat Hari Raya oleh Guru-Guru dan wakil kelas.Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri berupa wang dan beras kepada pelajar miskin dan diakhiri dengan acara bersalaman dan penyampaian duit raya kepada semua pelajar.


































































































































Sunday 13 September 2009

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Semerbak 2009

Pada 30 Ogos 2009, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan di SEMERBAK.

Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah "1 Malaysia"