Thursday 16 July 2009

Pesta Buah@SEMERBAK
























































14 Julai telah diadakan pesta buah untuk pihak pentadbir, staf akademik dan bukan akademik dan pekerja swasta. Tema pesta ini, "makan sampai puas," acara ini telah dimaklumkan oleh Puan Pengetua semasa Mesyuarat JKS pada Ahad (12 Julai) lepas. Sehari sebelum acara, bebrapa orang guru dan pelajar tingkatan 5 telah pergi ke kebun Pn. Nurul untuk panjat pokok rambutan di kg. Chabang (Pn. Nurul sponser buah nie). Lebih kurang 2 guni rambutan dapat di ambil pada petang itu. Pada hari pesta semua kakitangan dapat merasa sepuas hati buah durian, manggis, rambutan dan pengat durian. Puas rasa makan buah pada hari tu.

Tuesday 7 July 2009

Bulan Membaca Peringkat SEMERBAK

Unit PSS SMKKBK telah menganjurkan Bulan Membaca Peringkat Sekolah bermula dari 04 Julai hingga 31 Julai 2009. Objektifnya ialah membudayakan amalan membaca dikalangan pelajar dan melahirkan pelajar yang mahir mencari maklumat

Berbagai acara telah diadakan seperti pertandingan membaca berita, peminjam buku paling aktif dan pelbagai acara yang menarik. Pertandingan ini terbuka kepada semua tingkatan.












Wednesday 1 July 2009

Sambutan Ulang Tahun ke-5 SEMERBAK

Pada 1 Julai 2009, sambutan ulang tahun SEMERBAK ke 5 telah diadakan di Dataran Perhimpunan SEMERBAK. Nyanyian "Allah Selamatkan Kami" dan upacara memotong kek telah di adakan. Pada majlis ini, pelajar telah di hadiahkan dengan 'cupcake' sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah kepada warga SEMERBAK. Selepas majlis ini, para guru dan kakitangan sekolah di jamu dengan sedikit makanan berupa pulut kuning dan makanan ringan.