Monday 4 April 2011

Blog Baru Semerbak!!!!!

Lawati la blog sekolah yang baru. Padat dengan info2 terbaru

http://smkkbk.wordpress.com

Saturday 19 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Sultan Mizan, Kerteh

Pada 18/02/2011 Semerbak telah menghantar wakil sekolah untuk menyertai Sambutan Maulidur Rasul anjuran MAsjid Sultan Izan, Kerteh. Dalam acara perarakan ini, Semerbak telah menjadi juara dalam pertanding perarakan. Tahniah diucapkan kepada para guru dan pelajar...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Semerbak

Pada 16/02/2010 telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul. Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia 1 Ummah.

Tuesday 8 February 2011

Majlis Perpisahan Encik Norazizi

Pada 20/01/2011 telah diadakan Majlis Perpisahan Encik Norazizi sempena pertukaran beliau  ke PKG Binjai sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan.

Friday 21 January 2011

Latihan Larian Merentas Desa 2011

Pada 18 dan 19/01/2011 telah diadakan latihan merentas desa mengikut trek sebenar. Ini untuk memastikan peserta dapat menyesuaikan diri di laluan trek sebenar. Latihan ini akan diadakan sekali lagi pada 25/01/2011 dan kemuncak acara ini akan diadakan pada 02/02/2011. Sama-samalah kita warga Semerbak memeriahkan acara Kejohanan Merentas Desa ini nanti..

Sesi memanaskan badan sebelum berlari. Dikendalikan oleh Cikgu Nordin.


   

Latihan larian bermula..



Kem Kepimpinan Pengawas 2011

Pada 12 dan 13/01/2011 telah diadakan Kem Kepimpinan Pengawas Semerbak di dewan Ilmu Bakti Semerbak. Kem ini bertujuan meningkatkan lagi kepimpinan pengawas serta dapat menjalankan tugas dengan baik.

Majlis Perpisahan Puan Rohani.

Majlis Perpisahan Puan Rohani dengan warga Semerbak telah diadakan pada 11/01/2011 di dewan Ilmu Bakti. Puan Rohani telah bertukar ke SMK Kerteh kerana di naikkan pangkat kepada Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik. Selamat menjalankan tugas di tempat baru Puan Rohani...


Thursday 20 January 2011

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Semerbak telah mengadakan Program Orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 selama 2 hari iaitu 03 dan 04 Januari 2011 yang dikendalikan oleh Kaunselor sekolah iaitu Puan YM Tengku Zakiah. Program ini dijalan di dewan sekolah.

Amanat yang disampaikan oleh Puan Nor Hasmilah,
Pengetua Semerbak.


Wednesday 19 January 2011

Hari Pendaftaran Pelajar Semerbak 2011

Pada 29/12/2010 telah diadakan Hari Pendaftaran Pelajar di dewan terbuka Semerbak. Walaupun hujan turun dengan lebat, majlis masih berjalan lancar dan kehadiran pelajar adalah amat memuaskan. Tahniah! kepada semua guru dan pelajar.