Wednesday 16 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri SEMERBAK Tahun 2009

Pada 16 September 2009, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri Semerbak telah diadakan di Dewan Ilmu Bakti.
Acara dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh PK HEM Semerbak iaitu Ustaz Mazelin B. Ali. Kemudiannya Majlis Ucapan Selamat Hari Raya oleh Guru-Guru dan wakil kelas.Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri berupa wang dan beras kepada pelajar miskin dan diakhiri dengan acara bersalaman dan penyampaian duit raya kepada semua pelajar.


































































































































Sunday 13 September 2009

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Semerbak 2009

Pada 30 Ogos 2009, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan di SEMERBAK.

Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah "1 Malaysia"






































Kelebihan 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan



Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati yang mati syahid dan orang soleh.

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Satu
Allah S.W.T membina untuknya sebuah mahligai didalm syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Tiga
Alah S.W.T akan memina untuknya sebuah bandar didalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat terawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Enam
Allah S.W.T mengurniakan empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan terawih pada malam tersebut

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat

Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh Lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat

Kelebihan Solat Terawih Malam keduapuluh Sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya seribu haji yang mabrur

Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya ( yang bermaksud ) : Wahai hambaku! makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar

Monday 7 September 2009

Ramadan Datang Lagi!!!!

Selamat Berpuasa kepada semua warga Semerbak