25 Jun 2009 - pelajar telah diminta berkumpul bermula jam 9.00 malam di dewan terbuka sekolah. Sebelum berangkat pelajar di minta megambil khemah, mestin, dapur untuk di bawak semasa pendakian. Setelah taklimat oleh cikgu Nordin dan bacaan doa selamat, bas yang membawa pelajat bertolak tepat jam 10.30 malam. Setelah melalui perjalanan selama 7 jam akhirnya kami sampai ke Taman Negara Ledang, Taman Negara Johor Gunung Ledang.
26 Jun 2009 - setelah membersihkan diri dan sarapan pagi. Kami diberi taklimat tentang perjalanan pendakian dan perkhemahan kami di campsite yang di beri nama Pleto. Segala peneranagan telah di berikan oleh En. Muazam Syah. Setelah kami membuat penistiharan segala barangan yang dibawa semasa pendakian, warm-up dan doa telah di lakukan. tepat jam 10.30 pagi pendakian dimulak
an dengan memanjat 642 anak tangga sebelum sampai ke CP1-Bukit Semput. Disini dah ramai juga yang semput. Oleh kerana semangat diri yang kuat akhirnya kami sampai juga ko campsite. kumpulan yang paling lewat sampai adalah jam 5.00 petang setelah melalui jalan yang agak mencabar dan memerlukan kekuatan diri yang kuat. Setelah berehat dan makan maggi, roti beserta tuna. Peserta di minta mendirikan khemah dan membersihkan diri. Tepat jam 6.00 petang, pelajar menruskan pendakian ke puncak bagi menyaksikan matahari terbenem. Perjalanan ke puncak, megambil masa 1 jam dari campsite. Suasana di puncak sungguh menarik dengan kehijau bumi yang luas terbentang. satu keajaiban yang sebelum ini yang tidak pernah dilihat. Tepat Jam 8.00 malam kami turun semula ke campsite untuk berehat dan menikmati makan malam yang paling enak disediakan oleh cikgu Ibah dan beberapa orang pelajar. Semua pelajar megambil kesempatan untuk rehat awal.28 Jun 2009 - setelah semuanya siap kami telah bertolak untuk pulang tepat jam 11.00 pagi. Tetapi sebelum pulang kami singgah ke Tangkak untuk membeli-belah kain adan pakaian. bayak juga duit habis. Nasib baik duit untuk makan cikgu telah sediakan sebayak RM10.00 setiap orang. Jam 2.30 petang kami telah bertolak pulang dan sampai di sekolah pukuk 11.12 malam. satu perjalanan yang mencabar dan menyeronakan.
"SESUNGGUHNYA PERJALANAN HIDUP INI BEGITU SUKAR DALAM MENCAPAI SESUATU KEJAYAAN"