









14 Julai telah diadakan pesta buah untuk pihak pentadbir, staf akademik dan bukan akademik dan pekerja swasta. Tema pesta ini, "makan sampai puas," acara ini telah dimaklumkan oleh Puan Pengetua semasa Mesyuarat JKS pada Ahad (12 Julai) lepas. Sehari sebelum acara, bebrapa orang guru dan pelajar tingkatan 5 telah pergi ke kebun Pn. Nurul untuk panjat pokok rambutan di kg. Chabang (Pn. Nurul sponser buah nie). Lebih kurang 2 guni rambutan dapat di ambil pada petang itu. Pada hari pesta semua kakitangan dapat merasa sepuas hati buah durian, manggis, rambutan dan pengat durian. Puas rasa makan buah pada hari tu.